? ??????????????Never Let Go? ????? ?? ???Rating: 4.8 (57 Ratings)??75 Grabs Today. 17832 Total Grabs. ???
???Preview?? | ??Get the Code?? ?? ????2?? ???????????????????????????This Beating Heart? ????? ?? ???Rating: 4.6 (5 Ratings)??71 Grabs Today. 7521 Total Grabs. ??????Preview?? | ??G BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Selasa, 1 September 2009

Felda Endau Kesayanganku...

Ringkasan Sejarah Kg. Felda Endau

Kampung Felda Endau telah dibuka sekitar tahun 1958-1959, dan telah menerima kemasukan peneroka sekitar tahun 1960 dengan jumlah bilangan peneroka seramai 255 keluarga yang masuk secara berperingkat-peringkat. Peringkat awal kemasukan peneroka semuanya dilakukan oleh peneroka sendiri daripada kerja-kerja menebang hutan, membina rumah dan menanam getah semuanya dilakukan oleh peneroka dengan bayaran RM2.90 sehari.

Pada awal pembukaan kampung Felda Endau dikenali sebagai LKTP Endau atau Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan Endau dan lebih terkenal dengan pangilan “Lembaga” dan pangilan tersebut kekal sehingga kini bagi masyarakat daerah Mersing.

Untuk mengunjungi ke Kg. Felda Endau, Pengunjung mempunyai 2 pilihan. Pertamanya dari bandar Mersing Johor dan keduanya dari bandar Rompin Pahang. Oleh kerana Kg. Felda Endau terletak berhampiran jalanraya utama, ianya memudahkan para penduduk untuk menjalankan aktiviti-aktiviti di luar seperti memasarkan hasil pertanian dan sebagainya.
Kawasan kampung Felda Endau berhampiran dengan kawasan pantai disebelah kawasan timur dan disebelah kawasan baratnya pula terdapat kawasan tasik Labong “ tasik buatan semasa peperangan dunia ke-2 ( oleh tentera jepun )” di tasik tersebut terdapat berbagai sepsis ikan seperti ikan Kelisa dan ikan toman. Tasik tersebut juga merupakan kawasan tadahan air untuk seluruh kawasan Endau, Johor.

Khamis, 12 Mac 2009

Suasana di PPIK Felda Endau






























Waktu petang di PPIK Felda Endau memang sentiasa dipenuhi dengan pelajar-pelajar sekolah yang mengisi masa lapang dengan kelas komputer oleh penyelaras PPIK.

Selasa, 24 Februari 2009

KAHANG ORGANIC RICE ECO FARM ( KOREF)



INFORMASI SAWAH PADI KOREF
Sawah padi KOREF berlokasi di Kahang, Daerah Kluang, Negeri Johor. Ia mempunyai Keluasan seluas 108 hektar, merupakan sawah padi yang paling selatan di Benua Asia Tenggara. KOREF di kelilingi Taman Negara Endau-Rompin (100,000 hektar) dan 50,000 hektar Kawasan Perlindungan Perhutanan Gunung Belumut (3,313 Kaki), jauh dari kawasan Bandar dan kawasan perindustrian yang banyak pencemaran. Suasana dan punca air KOREF amat segar dan bersih, sesuai untuk penanaman padi secara organik. Dari tahun 2001 sehingga kini KOREF merupakan sawah padi yang pertama dan terunggul yang di sijilkan organik dibawah Skim Organik Malaysia (SOM) oleh Jabatan Pertanian Malaysia. Selama 8 tahun KOREF mengamalkan tanaman padi secara organik yang tidak menggunakan baja kimia, racun rumput dan racun serangga kimia yang boleh merosakkan sistem badan manusia.Ini dapat menghasilkan beras perang yang bebas dari pencemaran kimia dan amat sesuai sebagai minuman harian yang sihat dan berkhasiat tinggi kepada semua golongan masyarakat.

INFORMASI TENTANG PRODUK SUSU BERAS PERANG ORGANIK KAHANG
Susu Beras Perang Organik Kahang dibuat daripada 3 jenis beras organik yang tidak dikisar (unpolished),iaitu beras perang organik, beras merah organik dan beras hitam organik.Ia mengandungi tunas dan dedak beras perang yang banyak zat makanan, garam mineral dan vitamin-vitamin khususnya vitamin B kompleks.Ia amat sesuai dijadikan sebagai minuman harian untuk semua golongan masyarakat,khususnya golongan kanak-kanak.

KHASIAT SUSU BERAS PERANG ORGANIK KAHANG
1. Asli, tanpa pengawet, tanpa pewarna tiruan, tanpa bahan-bahan tambahan kimia, dan ianya bebas daripada GMO (Genetic Modified Object).
2. Tanpa lemak,mempunyai kandungan gula yang rendah (3%), ia bukan minuman yang diperbuat daripada susu lembu, tidak mengandungi laktose dan gelatin, sesuai untuk individu yang alahan pada bahan susu lembu dan gelatin.
3. Kandungan fibre yang tinggi dan mengandungi banyak zat makanan dan garam mineral iaitu Kalsium, Besi, Sulfur, Zink, Magnesium dan lain-lain yang diperlukan untuk kesihatan.
4. Mengandungi Vitamin B1, B2, B6, B12 dan Vitamin E.
5. Mengandungi protein dari kacang soya organik.
6. Mencegah badan seseorang daripada mengandungi banyak lebihan asid.
7. Mengandungi antioxidant yang dapat mengurangkan Free Radical dalam badan.

GOLONGAN PENGGUNA
Sesuai dijadikan minuman pagi untuk kanak-kanak dan orang dewasa.
Sesuai untuk minuman seisi keluarga.
Sesuai untuk bayi (6 bulan keatas), sebelum bayi mula makan makanan pepejal.
Sesuai untuk pesakit dan orang tua (yang tiada gigi dan sistem penghadaman yang kurang sihat) dijadikan sebagai makanan cecair yang berzat tinggi.
Sesuai untuk wanita yang mengandung (termasuk yang alahan pada susu dan gelatin), ianya berkhasiat bagi ibu dan bayi.
Golongan yang menghadapi masalah berat badan boleh mengambil minuman ini sebagai makanan ganti untuk makan petang dan malam kerana ia mengenyangkan.
Sesuai untuk semua golongan, kaum, umur, agama dan vegetarian.
Ia juga mudah diminum dan sesuai untuk golongan yang bekerja terutamanya yang tidak berkesempatan untuk sarapan pagi.

Isnin, 23 Februari 2009

Projek Keushawanan Felda Endau

KHASIAT SUSU BERAS PERANG ORGANIK KAHANG

· Asli, tanpa pengawet, tanpa pewarna tiruan, tanpa bahan-bahan tambahan kimia, dan ianya bebas daripada GMO (Genetic Modified Object).
· Tanpa lemak,mempunyai kandungan gula yang rendah (3%), ia bukan minuman yang diperbuat daripada susu lembu, tidak mengandungi laktose dan gelatin, sesuai untuk individu yang alahan pada bahan susu lembu dan gelatin.
· Kandungan fibre yang tinggi dan mengandungi banyak zat makanan dan garam mineral iaitu Kalsium, Besi, Sulfur, Zink, Magnesium dan lain-lain yang diperlukan untuk kesihatan.
· Mengandungi Vitamin B1, B2, B6, B12 dan Vitamin E.
· Mengandungi protein dari kacang soya organik.
· Mencegah badan seseorang daripada mengandungi banyak lebihan asid.
· Mengandungi antioxidant yang dapat mengurangkan Free Radical dalam badan.

GOLONGAN PENGGUNA

· Sesuai dijadikan minuman pagi untuk kanak-kanak dan orang dewasa.
· Sesuai untuk minuman seisi keluarga.
· Sesuai untuk bayi (6 bulan keatas), sebelum bayi mula makan makanan pepejal.
· Sesuai untuk pesakit dan orang tua (yang tiada gigi dan sistem penghadaman yang kurang sihat) dijadikan sebagai makanan cecair yang berzat tinggi.
· Sesuai untuk wanita yang mengandung (termasuk yang alahan pada susu dan gelatin), ianya berkhasiat bagi ibu dan bayi.
· Golongan yang menghadapi masalah berat badan boleh mengambil minuman ini sebagai makanan ganti untuk makan petang dan malam kerana ia mengenyangkan.
· Sesuai untuk semua golongan, kaum, umur, agama dan vegetarian.
· Ia juga mudah diminum dan sesuai untuk golongan yang bekerja terutamanya yang tidak berkesempatan untuk sarapan pagi.