? ??????????????Never Let Go? ????? ?? ???Rating: 4.8 (57 Ratings)??75 Grabs Today. 17832 Total Grabs. ???
???Preview?? | ??Get the Code?? ?? ????2?? ???????????????????????????This Beating Heart? ????? ?? ???Rating: 4.6 (5 Ratings)??71 Grabs Today. 7521 Total Grabs. ??????Preview?? | ??G BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Selasa, 1 September 2009

Felda Endau Kesayanganku...

Ringkasan Sejarah Kg. Felda Endau

Kampung Felda Endau telah dibuka sekitar tahun 1958-1959, dan telah menerima kemasukan peneroka sekitar tahun 1960 dengan jumlah bilangan peneroka seramai 255 keluarga yang masuk secara berperingkat-peringkat. Peringkat awal kemasukan peneroka semuanya dilakukan oleh peneroka sendiri daripada kerja-kerja menebang hutan, membina rumah dan menanam getah semuanya dilakukan oleh peneroka dengan bayaran RM2.90 sehari.

Pada awal pembukaan kampung Felda Endau dikenali sebagai LKTP Endau atau Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan Endau dan lebih terkenal dengan pangilan “Lembaga” dan pangilan tersebut kekal sehingga kini bagi masyarakat daerah Mersing.

Untuk mengunjungi ke Kg. Felda Endau, Pengunjung mempunyai 2 pilihan. Pertamanya dari bandar Mersing Johor dan keduanya dari bandar Rompin Pahang. Oleh kerana Kg. Felda Endau terletak berhampiran jalanraya utama, ianya memudahkan para penduduk untuk menjalankan aktiviti-aktiviti di luar seperti memasarkan hasil pertanian dan sebagainya.
Kawasan kampung Felda Endau berhampiran dengan kawasan pantai disebelah kawasan timur dan disebelah kawasan baratnya pula terdapat kawasan tasik Labong “ tasik buatan semasa peperangan dunia ke-2 ( oleh tentera jepun )” di tasik tersebut terdapat berbagai sepsis ikan seperti ikan Kelisa dan ikan toman. Tasik tersebut juga merupakan kawasan tadahan air untuk seluruh kawasan Endau, Johor.

0 ulasan: